Sunday, December 21, 2014

Sejarah Teluk Bahang






Teluk Bahang adalah sebuah pekan kecil yang terletak di bahagian barat laut di antara Batu Feringgi dan Balik Pulau. Teluk Bahang ialah nama yang telah diberikan oleh penduduknya yang awal kawasannya dari Kedah dan Pulau Langkawi. Ada diantara mereka datangnya dari Padang Hang, Kedah. Disebabkan hawa di Teluk ini sama dengan tempat mereka yang berbahang panasnya maka ia dinamakan sebagai Teluk Bahang. Mengikut cerita orang tua tempat ini dipilih sebagai tempat tinggal dan perlindungan kerana difikirkan sesuai untuk melakukan serangan balas kepada Negara Siam sewaktu perang dahulu. Tok Koni merupakan salah seorang pelopornya yang handal dan kuburnya masih ada tetapi kubur Osman Bin Panjang Malik sudah tidak dapat dikesani. Bagaimanapun kubur-kubur lama orang aceh yang pernah berkampung disini terdapat disekitar pantai Kampung Teluk Bahang. Terdapat beberapa tempat di Teluk Bahang yang kami lihat dapat menarik ramai pelancong untuk datang ke Teluk Bahang. Antaranya adalah Taman Negara Teluk Bahang, Empangan Teluk Bahang, Hutan Rimba Teluk Bahang, Taman Rama-Rama, Tropical Spice Garden, Tropical Fruit Farm, Tapak Projek Pemasaran Ikan Kraf Batik Teluk Bahang dan yang terbaru adalah Taman Tema Escape.







No comments:

Post a Comment