Sunday, December 21, 2014

Taman Rama-Rama

Taman Rama-rama Pulau Pinang dibuka pada Mac 1896. Taman Rama-Rama ini adalah taman pertama yang dibuka kepada orang ramai di kawasan tropika di dunia. Taman ini terletak pada hujung Negeri Mutiara di Teluk Bahang dan lebih kurang 17km daripada Georgetown. Kini, ia telah menjadi salah satu tempat tarikan pelancongan di negeri ini.




 Pada masa kini, rama-rama sedang mengalami ancaman dan jika ia tidak dijaga ia akan mengalami kepupusan pada masa hadapan. Ancaman yang paling serius kepada rama-rama adalah kemusnahan habitat mereka, penggunaan bahan kimia atau racun serangga kepada tumbuh-tumbuhan dan juga kurangnya kesedaran tentang serangga ini yang juga memerlukan perlindungan. 

Taman rama-rama ini didirikan bukan sahaja untuk dijadikan tempat pelancongan malah dijadikan sebagai pusat konservasi rama-rama dan tempat untuk para pelajar untuk mengenali serangga ini dengan lebih dekat lagi. Selain itu, taman rama-rama ini juga dijadikan tempat untuk membuat penyelidikan tentang serangga.
 

Di taman ini, terdapat banyak rama-rama hidup yang bebas berterbangan sesama sendiri tanpa sekatan. Selain itu, taman ini juga mempunyai sebuah sudut serangga yang dinamakan ‘Dunia Serangga’ dimana pelbagai jenis serangga lain boleh ditemui di sana.

Pengetahuan tentang konservasi boleh bermula dengan taman ini untuk neningkatkan kesedarang kepada orang ramai. Taman ini merupakan sebuah taman yang bermakna bagi semua, disamping menjadi pusat tarikan eko-pelancongan ia juga dijadikan sebuat pusat konservasi. Masa hadapan untuk anak-anak kita mengenali serangga ini lebih terjamin. Selain itu, kanak-kanak boleh datang ke taman ini untuk mengenali dan juga menimba sedikit ilmu tentang rama-rama dengan pengalaman sendiri.



Selain daripada itu, terdapat juga mini zoo, kedai cenderamatadan specimen serangga yang telah diawet. Taman Rama-Rama ini dibuka pada pelancong dari jam 9.00 pagi sehingga 5.30 petang. Bayaran masuk yang dikenakan adalah sebanyak RM 10.00 untuk pelancong tempatan manakala RM 20.00 untuk pelancong asing.

Empangan Teluk Bahang

 

Empangan Teluk Bahang merupakan satu empangan air untuk Teluk Bahang. Empangan Teluk Bahang merupakan empangan yang terbesar di Pulau Pinang. Ia juga merupakan salah satu tempat untuk beriadah yang sesuai untuk pelancong yang hadir. Waktu melawat di empangan ini adalah dari 7.00 pagi hingga 7.00 petang sahaja dan tiada bayaran masuk dikenakan. Melalui empangan ini kita dapat melihat pemandangan yang cantik dan berbukit bukau. Terdapat juga pondok untuk beristirehat bagi pelancong yang hendak berehat. Selalunya, terdapat pertangdingan perahu naga yang dijalankan.

Taman Negara Teluk Bahang



Taman Negara Teluk Bahang mempunyai keluasan 1265 hektar. Di Taman Negara terdapat pelbagai hidupan flora dan fauna. Hidupan flora adalah sebanyak 417 spesis manakala fauna sebanyak 143 spesis. Di antara hidupan flora yang boleh didapati di Taman Negara adalah seperti tongkat Ali, periuk kera, orkid dan sebagainya. Manakala hidupan fauna seperti penyu, kera, helang, siput dan lain.

Selain itu terdapat chalet, tapak perkhemahan dan tandas di Sungai Tukun manakala di Pantai Keracut terdapat sebuah jeti, tapak perkhemahan, dewan terbuka, menara pandang, bilik mandi dan tandas. Pelbagai aktiviti telah dijalankan disini. Pelancong luar negara kerap mengunjungi Taman Negara ini untuk melihat dengan lebih terperinci tentang keindahan serta kehidupan hutan simpanan ini. Pihak-pihak sekolah juga kerap melakukan aktiviti perkhemahan disini. 
 
Ia juga adalah tempat yang hebat untuk pergi mendaki bukit, perkhemahan, memancing, hidupan liar dan burung mengesan, atau hanya berehat di salah satu pantai yang indah.
 
Jungle Trekking:

Terdapat dua trek utama untuk mendaki iaitu dengan melalui hutan dan melainkan jika anda adalah amat sesuai anda akan memerlukan dua lawatan sehari berasingan untuk melakukan kedua-duanya.

Trek dalam hutan ini sering curam, basah dan rumit kerana banyak akar, batang pokok dan kadang-kadang batu untuk memanjat. Maka anda perlu memakai kasut yang sesuai untuk mendaki.

 

Sejarah Teluk Bahang






Teluk Bahang adalah sebuah pekan kecil yang terletak di bahagian barat laut di antara Batu Feringgi dan Balik Pulau. Teluk Bahang ialah nama yang telah diberikan oleh penduduknya yang awal kawasannya dari Kedah dan Pulau Langkawi. Ada diantara mereka datangnya dari Padang Hang, Kedah. Disebabkan hawa di Teluk ini sama dengan tempat mereka yang berbahang panasnya maka ia dinamakan sebagai Teluk Bahang. Mengikut cerita orang tua tempat ini dipilih sebagai tempat tinggal dan perlindungan kerana difikirkan sesuai untuk melakukan serangan balas kepada Negara Siam sewaktu perang dahulu. Tok Koni merupakan salah seorang pelopornya yang handal dan kuburnya masih ada tetapi kubur Osman Bin Panjang Malik sudah tidak dapat dikesani. Bagaimanapun kubur-kubur lama orang aceh yang pernah berkampung disini terdapat disekitar pantai Kampung Teluk Bahang. Terdapat beberapa tempat di Teluk Bahang yang kami lihat dapat menarik ramai pelancong untuk datang ke Teluk Bahang. Antaranya adalah Taman Negara Teluk Bahang, Empangan Teluk Bahang, Hutan Rimba Teluk Bahang, Taman Rama-Rama, Tropical Spice Garden, Tropical Fruit Farm, Tapak Projek Pemasaran Ikan Kraf Batik Teluk Bahang dan yang terbaru adalah Taman Tema Escape.